nuffnang

Friday, October 21, 2011

mencari rezeki itu memang satu kepayahan.hargailah titik peluh anda .

Thursday, October 13, 2011

masih belum berjaya mulakan kehidupan sendiri =(

Wednesday, September 28, 2011

hai!

maaf kebelakangan ni, otak tak tahu nak merepek apa. nanti bila dia sudah sihat,kami post banyak2x ye.

dear otak, get well soon =)

Friday, August 12, 2011

kerusi malas

Kerusi malas dah tak berpenghuni,
Tiada lagi nyanyian lagu jepun di kala petang,
Tiada lagi takbir raya di hening pagi raya,
Tiada lagi ucapan 'sekali lagi' di kala mengambil gambar,
Tiada lagi ketawa riang ketika melihat gelagat cucu2x
Tiada lagi senyuman manis di kala menyambut kepulangan anak cucu di pintu rumah..

Tokwan, semoga roh mu disamping mereka yang beriman.

Al-fatihah

Monday, July 18, 2011

anak buah?

aku ada anak saudara yang berusia 5 tahun. alya namanya.

semalam selepas selesai sesi bergraduasi, aku bawa dia berkenalan dengan family kenalan aku.

aku: ni anak buah orang, alya.

makcik: comei. muka sama macam nita

alya: anak buah? alya ni anak buah alang ke?

...........................................................
dalam van

alya: kenapa alya ni anak buah alang? alya macam buah ape? kenapa jadi anak buah pulak? alya bukan buah...

aku: ye la. alya ni anak buah alang.

alya: tapi kenapa cakap alya ni anak buah? alya bukan buah! alang pon bukan buah! alya tak same macam buah pon...


...........................................................

tumpang tanya ye, macam mane boleh dapat words anak buah ek?

Thursday, July 7, 2011

=)

Dear Aznita Ishak, Never compare yourself to someone else.No one in the entire world can do a better job of being Aznita Ishak than you.haha. Tepuk bahu sendri3x! Senyum tunjuk gigi.

Tuesday, June 28, 2011

nota hari ini 4

ujian hari ini mungkin akan membuahkan senyuman untuk esok. jadi, sabar lah ye =)

Tuesday, June 14, 2011

nota untuk Cik Aznita.

status di fb rakan dan rakan
: As my beloved mum has said to me, janganlah hanya mencari isteri yang baik untuk diri sendiri, tapi carilah ibu yg baik kepada anak2, sbab tu hak mereka :)

:is back with his dream to learn muay thai, learn more about Islam to make sure he'll be a good husband BEFORE getting married, which is still a long way now. :)


dua status ini buat aku rasa aku masih perlukan waktu yang lebih lama untuk menjadi Puan.

aku masih lagi bukan seorang muslimah yang baik. masih banyak kekurangan. aku masih belum pandai menjadi seorang anak dan adik /kakak yang baik. masih belum pandai untuk menunjukkan yang aku menhargai keluarga aku.

Cik aznita, sila matangkan diri anda, jadi orang yang lebih baik untuk keluarga dan sahabat2x anda. banyak kekurangan kat diri anda. always and must always improve yourselve.
what inside you is more important than your appearance. since you dont have the beauty, please have a kind heart. hahah..

p/s: mak dan abah, terimakasih kerana menyediakan abah dan emak yang sangat sempurna untuk akak, along,angah,abang dan adik. thanx, walaupon kita lagi banyak bertumbuk dari berpeluk, "orang" tau korang sayang family kita kan . =)


p/s-2: semoga aku ketemui ayah yang baik untuk anak2x aku nanti, anak yang taat untuk mak dan abah, adik/abang yang cool untuk kakak/adik aku. sahabat yang memahami untuk rakan2x aku... dan insan yang membuatkan aku sempurna kerana dia. =) .................. dan aku harap aku boleh jadi insan yang dapat buat dia bangga kerana dia memiliki aku... weekk. geli baca ayat tuu.. hhahah


p/s-3: ...............................buat kawan2x aku curi status korang ni,.haha. maap. maap

nota hari ini 3

Silence and smile are two powerful words. Smile is the way to solve many problems and Silence is the way to avoid many problems.


p/s: so,kita tak semestinya perlu bertumbuk dan berjerit untuk itu. senyum dan diam. tenangkan diri dulu, baru boleh berfikir dengan rasional =)

Monday, June 13, 2011

nota hari ini 2

quantity atau quality?

buat masa ni, aku cuma mahu quality. maksud aku, kawan yang benar menhargai kawan. kawan yang berada di samping aku susah dan senang.

korang jangan sweet sangat boleh x?


weh budak, korang jangan sweet sangat bla. kamu buat aku rase nak berrcinta! ahhahahaha

p/s: jahat kan aku curik gambar korang. hahah. kawin jemput aku ye

nota hari ini 1

I'm tired of people telling me what to do & trying to live up to everyone's expectations. This is MY life, not yours. Don't worry about me. =)

Friday, June 10, 2011

kamu.

I miss you guys :'(
Everything is so different.
None of us talk to each other anymore.
It's almost impossible to talk to you guys.
I miss us!

everything seem so hectic for the time being

Thursday, June 9, 2011

bisik-bisik. 11

"Sometimes it's best not to worry about the past, not to get too far into the future, but just to live for what you have today"


.............................the thing is i not proud for what i am today................

p/s:i hope i can be a better person tommorow. Amin

Sunday, June 5, 2011

perkara yang buat aku malas nak pergi kenduri kahwin

minggu ni minggu yang kaya dengan kenduri kahwin. aku suka tengok kawan- kawan yang dah beralih ke alam yang baru. tahniah. tapi.. aku rasa malas nak pergi bila kawan-kawan suka tanya soalan yang berikut =

1) kenapa kau da gemuk?
=sebab aku da tak kurus la!

2) kau buat ape sekarang?
- tak buat pape2x. aku baru abes blaja.

3) baru habes?
-ye! aku ni lembap skit bab belajar ni

4) bila kau nak kawin ni?
-tak jumpa calon lagi la

5)ye la tu.. kau xde pakwe
dan soalan2x yang seterusnya.. penat weh.. aku memang suka jumpa kawan2x. rindu weh kat kengkawan.. tapi bila da asyik jawab soalan yang same hampir setiap kali aku pergi kenduri kahwin,aku pon naik muak nak jawab..



.............................

jodoh tu di tangan ALLAH, kalau aku cakap aku nak kahwin tahun ni, tapi kalau da memang aku belum ketemu jodohnya, takkan nak paksa gak kan.

haish....

Friday, June 3, 2011

saya mahu

saya mahu pergi bercuti ke pulau!!!

herm. apa 3 benda yang korang nak bawa kalau korang bakal dipindahkan ke pulau yang x berpenghuni?

Wednesday, May 25, 2011

kalau niat je, tak jalan jugak,

saya nak sambung belajar

saya nak ada pendidikan yang lebih tinggi lagi..

saya, saya

saya perlukan rakan kongsi untuk membantu saya merealisasikan impian itu..

sesiapa yang rajin,

jom teman saya rompak bank, saya nak 50ribu je..


erk. ni niat je. kena penjara tak kalau mcm ni?

p/s: argh.kenapa la aku tak g audition sejuta impian! hish. rugi!

p/s-2: bosan tengok mereka yang ada niat nak minta dana sejuta tu untuk jadi penyanyi,pelakon or model... haish. ape sumbangan awak?

penjelasan.

ehem. ehem. tarik nafas. fikir ayat. ok. mula.

di sini saya ingin meminta maaf pada mereka yang rasa mereka da memhabiskan banyak masa mereka dengan membaca blog yang sangat merepek ni.

erk. memang da cakap kan, blog ni blog merepek, jadi kalau korang rasa korang nak cari blog yang berilmu, bukan blog ni ye.

blog ni tempat aku nak cakap ape benda yang aku nak merepek. since aku ni orang yang cakap banyak, bila takde orang nak dengar, aku tulis bagi aku, diri sendiri dan mereka yang nak baca.

maaf ye awak. awak penat ye baca blog ni.

da g tekan button close tu.

hai awak ni sweet laaa

cuti ni buat aku menjadi seorang stalker! a big one. hahah. aku stalk semua awek2x cantik kat utube yang rajin mengajar kekawan cara2x nak pakai hijab.


aku paling suka dia ni



erk. da jadi nak link dekat dia. nanti kantoi la aku stalker. hahaha

notanitamerepek laaa

Tuesday, May 24, 2011

nak jugak

bila tengok gambar 5 tahun yang dulu, aku rasa nak kembali pada zaman itu. haish. nak jugak!

Monday, May 9, 2011

bisik-bisik. 10?

ye

saya rasa saya menyesal!

=)

hati,
ko ni kan,
datang lak mood nak mengada2x!

nak kena pukul?

hati,
kau tau tak yang kau ni mahal,
jangan nak over touching,
nanti aku tak mampu nak ganti yang baruu...


p/s: rasa nak nyanyi lagui sitxhsense -menyesal!

mereka da besar!

i never have a adik perempuan, i wish i could have one. adik laki ni susah, aku asyik bergaduh je. haha


ok. nak cakap ini je,

dear si comel2x..

congrats coz da masuk u. congrats sbb both of u finally rasa diri da besar!

p/s: si comel2x ni adalah adik2x yang kenal masa aku keje 7e. masa tu diorang baru f.1. skang da 18tahun.. besar kan!weh, adik2x, ily!

apa salah saya?

kena marah dengan pakcik beca sebab cakap bahasa cina. aiyoo

Wednesday, April 6, 2011

kalau memang milik kita,

'suka tak semestinya dapat
dapat tak semestinya bersama
bersama tak semestinya milik kita
milik kita tak semestinya selamanya...'

aku jumpa ayat keramat tu di calender sesorang, sunguh. jantung aku tetiba macam berhenti bila mengeja setiap ayat tu.
tanpa sebab.

mungkin apa yang dia tulis benar.

cinta tak bermaksud memiliki. memiliki belum tentu dicintai.
tidak dicintai tak semestinya tak menyintai . =)

aku yakin satu hari, kalau benar milik aku..
akan sampai juggak hari itu.. =)

doakan ye =))

p/s: jawapan ni kalau bagi kat makcik2x yang sibuk tanya bila nak kawin.. agak2x dia bagi selipar tak kat aku.

p/s-2: thankyou kina for the morning msg. =)
notanitamerepek laaa

3hari2malam di afamosa. tajukagakpoyo!

berjalan kalau free mesti seronok kan?

yes. terimakasih iffa untuk itu.

well.penat untuk aku taip semua memori aku dengan iffa sepanjang 3hari2malam.

so, aku ringkaskan dengan ini,

iffa, thankyou sebab bagi aku pengalaman ni. fam trip. pheww. mengeletar.

iffa, thankyou sebab bagi aku peluang berborak uncle and auntie dalam bahasa mandarin, and sorry kalau terabaikan ko saat mulut ni dok berangan jadi anak cina. hehe

thankyou sebab tdo sebelah aku. hahahahhaha

thankyou and thankyou.

and readers,
siapa yang belum pernah pergi Afamosa resort?
kalau belum, anda patut merancang percutian anda di sana.
memang terbaik..

tidur malam yang selesa di atas tilam yang empuk, pilih je nak villa ke, hotel ke, condo ke. semua ada.
makanan yang enak untuk si perut anda, chinese food, western , french and bbq pon ada. siap org bakarkan lagi.
rindu pada gajah?kucing? kuda? dan unta? atau monyet? sila lah kunjungan animal safari.di sini, anda dapat menyaksikan persembahan pelbagai binatang yang comel dengan aksi yang mendebarkan.
owh. anda berangan anda seorang comboy? sila alami kehidupan kampung cowboy di cowboytown afamosa,
mahu bermandi manda? sila lah ke afamosa waterworld. memang menarik beb.
anda seorang pemain golf? jangan tinggalkan peluang keemasan untuk bermain golf di salah datu golf course terbaik di asia.


anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Afamosa resort, sila kunjungi lamana web mereka yang erk.... google seacrh sendiri. aku tak ingat.


tamat suda entry promote afamosa. ahah

notanitamerepek laaa

Thursday, March 31, 2011

dulu,
"weh,jom lepak"

skang.
"weh, da dapat keje ke blom?'

dulu
"weh, aku malas nk g kelas"

skang
"weh, k la.. aku nak tdo.esok keje"


ok.. aku rindu yang dulu.
aku rimas dengan skang

bosan!

saya bosan..
apa yang perlu saya lakukan?


notanitamerepek laaa

Friday, March 18, 2011

cantik itu?

sejak menjadi penonton setia drama2x melayu ni..( kalau bukan kita, siapa lagi)

satu je benda yang aku selalu terfikir
cantik itu dinilai cara kita berpakaian dengan seksi ke?

bukan apa,
drama2x melayu kita, jika si heroin berbaju kurung,pakai tudung x bape lawa.. dipandang sinis,
lepas tu bila dia da bersolek, rambut kasi lurus, baju da makin singkat.. baru la orang pandang tinggi..

kemain lagi.

aku bukan nak kutuk industri kita,cuma kadang2x ni naik meluat dengan orang di tv.
baju mengalahkan orang bukan muslim.

negara luar dok sibuk promosi fesyen muslim,
kita dok sebok nak tunjuk bulu kaki.

nama pon drama melayu,
tunjukkam lah budaya kita sikit..

baru lah orang rasa menarik dengan budaya kita..
haish.

aku pon tatau ape yang aku mengarut..kalau ada yang terasa,maaf ye.
bukan apa,bosan dengar nenek2x membebel pasal artis yang seksi,lepas tu,dia sambung bebelkan aku.

dok pesan " hang jangan pakai lagu tu.and bla bla bla bla"

tok,jangan risau ye..idola saya hana tajime simpson..huhu.. lawa weh.

p/s: orang korea suka tengok baju kurung. comel katanya.

enough da kot..

awak,
saya rasa da penat la nak tunggu awak online.
susah kan macam ni.

saya pagi,
awak malam.

saya free,
awak buzy.

saya baru nak breakfast,
awak dah supper.

..............................................

u say that u know me well enough kan.. =)

cepat lah pulang!

Sunday, March 13, 2011

aku tak nak kahwin.

yes. 10tahun yang lalu, si robot ni dengan megah cakap dengan rakan taulan, dia tak nak kahwin. kalu kena paksa kahwin pon, bia masa tu umur dia 30tahun.

tapi pada 11hb 3, dia da selamat jadi isteri orang.

malam sebelum si robot nikah, aku pakaikan inai. maaf weh, aku takberseni, teruk tangan ko jadinya. masa pakaikan inai, otak aku asyik terflash moments yang aku ada bersamam si robot.

10tahun lalu,
dia insan yang paling alergic dengan pink. benci gile weyh.
and saat ini, warna pink adalah theme wedding dia.

dulu,
rambut dia mak ai, kontot habis,
malam itu panjang mengurai.

dulu,
dia sibuk susun bile kawan2x nak kawin,
and aku , dia kata akan jadi the 1st person yang akan kahwin.

itu dulu,

banyak sangat kenangan dengan dia.


Puan Salwa, sumpah,aku sayang ko gile weh. seronok tengok ko da jadi bini orang.
p/s: aku kawin, ko kena ambik cuti, tak kira. aku nk ko pakai kan inai tuk aku lak!

Wednesday, March 9, 2011

bila makcik datang melawat, aku selalu rasa sakit perut

hari ini,aku rasa nak cabut rahim keluar dari badan
lepas seminggu ,aku letak balik. boleh
dear pelangi,
terima kasih sebab muncul.

dear pelangi,
cepat datang,
aku rindu

Tuesday, March 8, 2011

saya senyum lebar hari ini sebab awak! tq

Sunday, March 6, 2011

maaf, jaringan lebar ku agak lembap.

Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu, Sayangku
Fikiranku,
Hanya dipenuhi dengan senyumanmu

Ooohh~

Alangkah indah,
Jika dirimu sentiasa,
Di sisiku sayangku,
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

Hariku,
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu, Cintaku
Fikiranku,
Hanya dipenuhi dengan suaramu, Divaku

p/s: ini lirik lagu yang berjudul LaGU hasil ciptaan bo a.k.a Amir Iqram. aku ingat nak letak video dia skali. tapi internetku biol macam aku juga. haish

p/s-2 : lagu ini untuk bakal pakwe. ahha

Saturday, March 5, 2011

finally..

Sebelum facebook dan myspace famous, korang cari rakan taulan secara maya melalui apa?
Pernah dengar Friendster ? macam insan2x lain aku pon sebuk nak buat friendster.

ok, bukan nk promote friendster .

aku cuma nak cerita dengan bangganya, selepas beberapa tahun aku kenal 2 insan yang secara tak rasmi berkenalan di friendster. akhirnya, bertentang mata gak kami/ chewahh. haha.

buat mase ni aku nak taip itu saje. esok lusa aku sambung siap upload gambar lagi. sabar ye

Friday, March 4, 2011

awak, buat saya rasa nak kawin.

hobi aku masa lapang adalah tengok gambar2x mereka yang cantik. hari ni mata aku asik tengok hasil kerja hafiz hamidun. cantik.menarik. dan superb.

bila mata syok tengok gambar wedding yang dia ambil,gambar mereka yang sedang bercinta, yang sudah berkeluarga dan yang si bayi yang comel. aku terus rasa nak bercinta, nak bertunang dan berkahwin.

rasa nak upah dia untuk semua acara itu. lawa weh hasil kerja dia.

p/s: bakal pakwe, semua cost untuk gambar2x tu awak bayar ye. saya nak posing aje. ly. =)

Thursday, March 3, 2011

untuk si lemak

Dear lemak,

im hereby to warn you to stay away from me! stop chasing me around! why you so degil ha? i keep losing you but you keep melekat with me.

bengang sungguh hati ku!

i hate you so much .

p/s: agak2x kalau lemak boleh membaca, dia takut tak dengan surat ni?

Thursday, February 24, 2011

I am S.I.N.G.L.E.= Strong, Independent, Noticeable, Generous , Loving, Englightened. ^

Wednesday, February 23, 2011

aku nak bagi korang jelez

siapa yang main FB mase bekerja?
best kan curi 0n9 mase kerja.

owh. aku ada benda nak bagi korang jelez. bos aku bagi tugasan baru untuk aku. aku diarahkan untuk berfacebooking ketika bekerja,.. ahahhahahah

p/s: its not fun at all when facebooking is a part of your job descriptions

Thursday, February 17, 2011

bisik-bisik. 9

Hati o Hati..
tahniah. awak da jatuh lagi.
pandai awak pilih, tinggi,sweet. comei,
tapi kenapa dia?
kenapa mesti Qi
ko ni taste nk tinggi, kalu macam dia. memang takkan dapat la. haiyaa..

da tuukar orang! cepat!

eh, cupid! lepas ni lepaskan anak panah dekat oarang yang betul ye. asyik salah orang je.. da. pergi ambik kursus memanah!

p/s: kadang-kadang bila buhsan, otak pon jadi biol

awak, jangan seksi boleh

orang dalam tv,kalau masa dalam tv ,awak semua kurang seksi..boleh x?

mata aku naik sakit bile korang semua sibuk lawan badan siapa lagi putih.

oh,kita ni agamanya islam..kadang-kadang malu jugak bile kengkawan yg non-muslim ta.nya pasal korang yang kat dalam tv tu..

oh. lagi satu, kalau orang tanya kenape anda seksi.. boleh tak bagi jawapan yang bijak sedikit...

entry bergambar






You've been such a good friend to me since the day I met you

notagedikuntuksidia

Hello Mr Lee seung gi <3

you are officially my prefect distration!
You are that funny kindhearted guy in my favorite show with awesome
music talent, and i found comfort in your voice.
im totally looking forward see your smile on TV again and again .

I wanted to say, Thank you for my days that u had filled with laughter.
You are a great inspiration to all..

We your fans would love and stand by you no matter what.

please, have a very good care of yourself. Hope you doing well trough
out your life..healthy..and keep smiling!

And...CAN YOU BE MINE? =P

Tuesday, February 15, 2011

I'm simply on reserve for the one who deserves my heart, because they say good things take time.

Friday, February 11, 2011

=(

10% jiwa ku di shah alam. huhu.ada sedikit rindu kawan-kawan.. =(

Monday, January 31, 2011

hujan di hari minggu adalah hari yang paling indah untuk berehat.

Sunday, January 30, 2011

kamsa hamida-thank you

kamsa hamida kepada duta korea yang datang ke melaka,
ole-ole itu sangat comel!

and ajjushi, i will give you a call whenever i lay my kaki at ur place!



hello qi, anda sangat humble!
wish you allteh best ya.

anda semua,please, datang melaka lagi.



Monday, January 24, 2011

niat hati nak balas Post orang


CAndid itu Cun.



Merujuk perkara di atas, saya tuan punya blog ini ingin membalas entry cik eyfa : "candid itu cun"


sorry la ye, aku ambik mase yg lame. orang tak hot,xde orang nk ambikkan gambo candid. huhu

p/s: aku tak cun, so gambo cmne pon x cun. tp aku suka sgt gamba itu sebab saya nmpk ayu. haha
eh. blog dah berhabuk la.
kena rajin ni, kalau tak, macamane nak dapat 12ribu.
p/s: siapa yang dapat 12ribu tu, kasi tips skit

Thursday, January 13, 2011

Wednesday, January 12, 2011

aku alergic

aku alergic kalau orang ambik gamba aku (sure hati meronta-ronta nak tengok gamba tu)

aku alergic kalau kena paksa jadi gadis ayu

aku alergic kalau ko suruh aku pose macam gadis anggun.

p/s: khas untuk along tercinta.haha. orang tak reti nak jadi gadis ayu le

Sunday, January 9, 2011

merepek

sakit perut tengok pakcik-pakcik meraikan kegembiraan show cancel. lebeh kurang macam aku gembira kelas cancel.

kopi copy

bau kopi buat aku teringatkan tadika, dan seseorang.

tadika aku terletak di belakang kilang kopi.maka masa kecik selalu la sangat bau kopi, sampai skang aku masih ingat bau tu.. dan si hero kelas..

hero kelas yang aku kenal ketika berumur 6 tahun,
nama si hero tidak dapat aku ingat atau mungkin aku tak pernah tau kot,
memori zaman kanak-kanak aku tak dapat dijaga dengan baik oleh si otak.(otak ni nak kena denda ni!)
yang aku ingat pasal si hero,adalah seorang yang tinggi(dia paling tinggi dalam tadika aku)
si dia comel kot. aku yang umur 6 tahun yang kata begitu.

oit si hero, kalau kau rasa mase kecik-kecik dulu ko pernah selamatkan seorang budak melayu dari si kaki buli, sila lah contact-contact aku ye.
i never had a chance to say "xie-xie ni" please give me that chance ye =)
oh, jangan lupa add aku di facebook, mana tau, kau boleh jadi hero aku untuk seumur hidup..hehe..

p/s: recently aku selalu lalu depan tadika aku, itu yang terasa nak tulis post ni.
p/s 2: cuba korang ingat sesuatu bau, pasti bau itu akan buat korang mengamit kenangan lalu(bluweek,ayat skema)
lepas tu jangan lupa tulis di blog korang,aku nak tau gak. (ha,siapa yang da baca ni,wajib buat!)