nuffnang

Thursday, January 31, 2008

sahabat aku?! biarlah aku yang tentukan!!

aku sakit hati!!!!
untuk kamu(mereka yang membuat aku rasa benci untuk mengelarkan kamu mereka sekelas)
aku rasa aku da cukup besar untuk memilih kawan!! hey..jangan ingat kamu semua ni da cukup baik un tuk menentukan hidup aku..keputusan yang baik dalam exam tak menjaminkan kamu itu layak untuk menentukan siapa yang bagus @ layak untuk digelar kawan..
kawan kamu,kamu pilih sendirilah...jika rasa aku ni layak digelar sahabat kamu,jadilah sahabat aku yang baik..bukan memaksa aku mengikut kamu,mengikat aku macam lembu dan menuding jari kamu,dan mengatakan si dia dan dia,boleh dijadikan kawan..si polan dan polan..jangan..mereka..budak jahat..
aku!!biar aku yang pilih si dia dan mereka untuk dijadikan sahabat aku.si dia,seorang pemabuk,tapi si dia tidak pernah memaksa untuk aku mengikut jalan dia pilih,malah menghalang aku mengikut jejak si dia..si dia,seorang drug addict,tapi si dia,setiasa cuba menjadi sahabat aku yang terbaik,malah sentiasa melindungi aku..si dia,seorang yang sukar diduga,tapi..si dia,sentiasa menjadi sahabat dunia dan akhirat aku...si dia lah yang sentiasa menjadi tulang belakang aku..
ingat!!! aku tidak menganggu kamu..aku tidak pernah menghalang kamu untuk memilih kawan..tetapi,jangan cuba menilai sahabat aku...ada sebab kenapa aku memilih mereka sebagai sahabat aku..percayalah..mereka lebih mengetahui apa itu maksud seorang sahabat..
aku mohon...kamu dan kamu...jangan lagi cuba memandang aku dengan jelek..selagi aku boleh bersabar,hargailah kesabaran aku...
kalau tahap kesabaran itu sudah hilang..percayalah..aku bukan lagi orang yang kamu akan suka...dont mess up with me!!
petang ini..aku agak marah..bosan dengan kepuraan mereka...benci dengan sifat yang cuba menjadi ibu-bapa segera aku di sini..
dari aku kepada kamu..diriaku/kisah kami31hbjanuari2008..

SI penilik,doraemon..aku?

malam ini aku asyik terpikir tentang masa depan aku.kerjaya aku,cara kehidupan aku,dan bakal pasangan hidup aku..
kalau diikut hati ingin aku merantau semata2 hendak mencari penilik masa depan.manalah tau,dia dapat membantu aku,menyelesaikan masalah yang tak pernah pudar dalam kepala otak aku ni.tak payah aku susah payah pikir apa yang berlaku di hari esok..tapi kalau betul,ada si penilik masa depan,pasti kita tak teruja untuk memulakan hari baru ...masing2 sudah tahu apa yang berlaku keesokan harinya,so tunggu je la..
kalau x si penilik,aku nak miliki doraemon.sahabat paling dimiliki oleh semua orang.aku yakin,mase kecil2 dulu,ramai yang ingin ada kwan mcm doraemon..pasti senang lenanh hidup aku..malas nak buat kerjarumah? minta sahaja dia keluarkan apa sahaja barang dari poket yang boleh membantu menyenang kerja aku..takut parents tahu result exam,rahsia2 sulit aku,minta sahaja robot kucing itu sembunyikan dimana2 sahaja..nak pergi ke paris?tapi tiada duit..ape yang susah..minta je lah dia keluarkan pintu tu..nak tau da besar jadi apa..aku buka je laci meja study aku..drive je la ke zaman yang aku nak pergi..senangkan?tapi kalau betul ada doraemon..hidup aku jadi kacau bilau..pasti aku asyik kembali ke masa silam..ye lah,nak betulkan kesilapan yang ake pernah buat..pasti aku jadi seorang yang tidak tabah,pemalas..tidak tahu berdikari..semuanya nak harapkan ..DORAEMON.
sekarang,aku da malas nak fikir..biarlah,aku yang di hari esok yang sambungkan kerja aku ni..aku di hari ni,nak buat ape yang aku patut buat..TIDUR!!
hahaha..aku agak tidak suka entry ni..tapi..aku nak postkan juga..
malam ini..terasa teruja untuk memiliki rahsia di hari esok..tetapi,aku terfikir..jika aku boleh memiliki hari esok..apa yang aku hendak lakukan dengan hari ini?!!
dari aku kepada kamu..diriaku/kisahkamihari ini 30januari 2008

hati ini

malam ini,agak sukar mata ini hendak lelap..walaupun hujan mencurah2 turun,agak nyenyak jika aku tidur..tapi agak sukar jua ingin ke alam mimpi...
agak bosan juga..lebih2 lagi bila rakan serumah semua sedang enak diulit mimpi..apa lagi,aku pun buka laptop,lalu layan lagu2 ganas aku..masih bosan,tiba2 terperasan pula ada koleksi lagu yang agak romantik dan sesuai untuk dijadikan lagu dodoian untuk tidur..
dalam banyak koleksi lagu tu,hati agak tersentuh bila menghayati lagu "kerna cinta" by laudya chintya..
perghh..makan dalam beb...
niat hati nak juga aku sertakan lirik lagu,tapi agak malas pula nak menaip lirik lagu tu..takut2 tumpah airmata aku ni..da x brutal la beb...muahahaha...
aku tak nak cerita pasal cinta malam ini,pedih hati aku..lebih2 lagi kisah cinta aku ni memang tahap novel punya sedih...
bila da dikira2.ni da masuk da ke5 aku dengar lagu ni..dan akhirnya,tumpah jua airmata aku..hish!!!
malu!!!
aku nak habiskan entri ni..supaya aku boleh tidur dan berhenti menangis...
hari ini..hujan lebat..hati aku menangis..airmata aku kalah jua....aku rindu dia..aku ..........................
dari aku kepada kamudiriaku/kisah kami31hbjanuari2008