nuffnang

Tuesday, January 3, 2012

It's 2012

Adam aku. Cuma satu je....I need to understand myself a little bit more this year

Friday, October 21, 2011

mencari rezeki itu memang satu kepayahan.hargailah titik peluh anda .

Friday, October 14, 2011

blogwalking di blog kawan-kawan.

aku terberhenti di blog seseorang. lama aku tenung entry tu. ada cerita mengenai aku. tarik nafas.

"memories never leave us kan"

kamu,
thanks for those day that we had shared.
i never blame you.

......................................................................................

ok. end of topic.




p/s: kamu cakap pasal karma kan. erk.rasanya karma dah ketuk pintu rumah saya ni.

Thursday, October 13, 2011

masih belum berjaya mulakan kehidupan sendiri =(

Wednesday, September 28, 2011

hai!

maaf kebelakangan ni, otak tak tahu nak merepek apa. nanti bila dia sudah sihat,kami post banyak2x ye.

dear otak, get well soon =)

Friday, August 12, 2011

kerusi malas

Kerusi malas dah tak berpenghuni,
Tiada lagi nyanyian lagu jepun di kala petang,
Tiada lagi takbir raya di hening pagi raya,
Tiada lagi ucapan 'sekali lagi' di kala mengambil gambar,
Tiada lagi ketawa riang ketika melihat gelagat cucu2x
Tiada lagi senyuman manis di kala menyambut kepulangan anak cucu di pintu rumah..

Tokwan, semoga roh mu disamping mereka yang beriman.

Al-fatihah

Monday, July 18, 2011

anak buah?

aku ada anak saudara yang berusia 5 tahun. alya namanya.

semalam selepas selesai sesi bergraduasi, aku bawa dia berkenalan dengan family kenalan aku.

aku: ni anak buah orang, alya.

makcik: comei. muka sama macam nita

alya: anak buah? alya ni anak buah alang ke?

...........................................................
dalam van

alya: kenapa alya ni anak buah alang? alya macam buah ape? kenapa jadi anak buah pulak? alya bukan buah...

aku: ye la. alya ni anak buah alang.

alya: tapi kenapa cakap alya ni anak buah? alya bukan buah! alang pon bukan buah! alya tak same macam buah pon...


...........................................................

tumpang tanya ye, macam mane boleh dapat words anak buah ek?

Thursday, July 7, 2011

=)

Dear Aznita Ishak, Never compare yourself to someone else.No one in the entire world can do a better job of being Aznita Ishak than you.haha. Tepuk bahu sendri3x! Senyum tunjuk gigi.

Tuesday, June 28, 2011

nota hari ini 4

ujian hari ini mungkin akan membuahkan senyuman untuk esok. jadi, sabar lah ye =)

Tuesday, June 14, 2011

nota untuk Cik Aznita.

status di fb rakan dan rakan
: As my beloved mum has said to me, janganlah hanya mencari isteri yang baik untuk diri sendiri, tapi carilah ibu yg baik kepada anak2, sbab tu hak mereka :)

:is back with his dream to learn muay thai, learn more about Islam to make sure he'll be a good husband BEFORE getting married, which is still a long way now. :)


dua status ini buat aku rasa aku masih perlukan waktu yang lebih lama untuk menjadi Puan.

aku masih lagi bukan seorang muslimah yang baik. masih banyak kekurangan. aku masih belum pandai menjadi seorang anak dan adik /kakak yang baik. masih belum pandai untuk menunjukkan yang aku menhargai keluarga aku.

Cik aznita, sila matangkan diri anda, jadi orang yang lebih baik untuk keluarga dan sahabat2x anda. banyak kekurangan kat diri anda. always and must always improve yourselve.
what inside you is more important than your appearance. since you dont have the beauty, please have a kind heart. hahah..

p/s: mak dan abah, terimakasih kerana menyediakan abah dan emak yang sangat sempurna untuk akak, along,angah,abang dan adik. thanx, walaupon kita lagi banyak bertumbuk dari berpeluk, "orang" tau korang sayang family kita kan . =)


p/s-2: semoga aku ketemui ayah yang baik untuk anak2x aku nanti, anak yang taat untuk mak dan abah, adik/abang yang cool untuk kakak/adik aku. sahabat yang memahami untuk rakan2x aku... dan insan yang membuatkan aku sempurna kerana dia. =) .................. dan aku harap aku boleh jadi insan yang dapat buat dia bangga kerana dia memiliki aku... weekk. geli baca ayat tuu.. hhahah


p/s-3: ...............................buat kawan2x aku curi status korang ni,.haha. maap. maap