nuffnang

Sunday, August 22, 2010

garisan

pernah tak korang rasa putus asa?

hari ni ,aku rasa putus asa sangat-sangat.

tak kira aku paksa macamana pon,

aku tak mampu nak melebihi garisan itu.

tak kira cara apa pun.
aku masih di garisan yang sama.

jadi malam ini,

aku bernekad untuk putus asa .

wahai asignment, esok kalu aku rajin aku sambung ye.

oh.otak. maaf. terpaksa menyusahkan ko untuk mencipta alasan yang menarik bagi menangguh penghantaran assingment.

mungkin dengan ini.

"maaf madam. semalam saya terexcited tgok movie the expendable. sampai berangan jadi salah seorang dari mereka"

atau ini

" saya tengah miskin ni madam. kalau saya buat pon. x de duit nak print"

Tuesday, August 17, 2010

mungkin itu benar

aku ada gelaran yang diberi oleh kawan-kawan rapat.
mereka panngil aku tangan sotong dan pemusnah barangan.

berikut adalah kronology mengapa aku digelar itu

  • aku pergi bersarapan di kedai mamak bersama nawa, lepas abes makan. aku pon bangun nak bayar. tetiba saje cawan yang aku minum tadi jatuh dan pecah berderai. sebabnya, tangan kanan aku terlanggar cawan tu masa nak bangun
  • en adam, sahabat ku baru beli handphone baru. sebagai rakan yang baik, aku pon sibuk nak usha-usha handphone dia, setelah tamat sesi menunggu giliran (ada 5 org rakan lain yang sama baik macam aku pon nak usha handphone dia) aku pon belek la handpone itu, and tetiba je handphone je hang. and padam terus. erk
  • di hari yang indah, aku bermain game di komputer seorang rakan. tetiba handphone mati, minta dicharge, aku pon nak g pasang plug.lalu tangan ni terlanggar extension plug.. aku buat muka tak kesah.pergi kat komputer balik. erk. komputer terpadam. kos membaiki komputer tersebut 580rgt.phewwh
  • sedang lepak di mcd, nampak lighter dan tisu.main bakar2x tisu.tetebe api jadi besar. satu mcd pandang. tangan ni gatal sungguh!
  • di kedai mamak, main kutuk-kutuk kawan sambil tepuk-tepuk badan. kejadian seterusnya, meja terbalik. kesian nawa, baju basah. haha
  • pagi tadi tepat pukul 6, mahu bangun dari katil dan tutup lampu bilik. sedang mahu melangkah turun(katilku dua tingkat) tetebe je, katil ku patah. terus jerit nama nawa supaya bangun.pheww. naseb baik dia x arwah.

so. tetebe je aku rasa.mereka betul.aku ni pemusnah barang..
uwaaa. nak katil

misi ari ini. beli paku dan baiki katil.

hwaiting!

Monday, August 16, 2010

harap semua ini berlalu dgn pantas

bulan ramadhan ni, betul-betul memberi cabaran untuk keluarga aku.

dugaan.dugaan.dugaan.dugaan. dugaan.

YA ALLAH, berikanlah kekuatan untuk kami.

itu je pinta ku.
tabahkan hati ye

Tuesday, August 10, 2010

weh bulu.

en bulu aka fairus, sila datang menjengah blog aku selalu. lepas tu pakat kutuk ramai.
sok aku buka blog ko, aku ktuk balik. haha.
jom amalkan aktiviti ni smpai kita grad.
best doe. haha.

p/s: nanti kita makan durian same-same ye. ahah
p/s -2: maaf . kawan saya ni da ada kekasih hati. tetbe je

buat bakal puan nawa!

wahai nawa pemilik dinding chanteq saya, tahniah atas ulangtahun menjadi kekasih buat zainal ariffin anak pakcik ahmad mahir. semoga berkekalan buat selama-lamanya.


tak sangka. setahun sudah ko jadi bakal puan bini zainal. huhu.









nawa, jaga zainal elok-elok.

zainal, jaga nawa elok-elok.

jangan gaduh2x k.
bydaway, mase aku kahwin,sila bagi tv lcd. sekian terima kasih.

Monday, August 9, 2010

puasa jangan tak puasa. =D

Syukur, Ramadhan datang lagi.

tahun ni jom kita tapau puasa dan terawih banyak-banyak!

saya juga ingin memohon maaf kepada semua rakyat jelata atas kesalahan yang telah saya lakukan.

oh. bulan ini jugak bulan yang baik untuk berdiet. sila la amalkan makanan yang sihat.
mugkin tahun ini, anda boleh pakai kebaya nyonya di hari lebaran nanti.

jangan ponteng puasa lak, puasa tahun lepas lom ganti lagi, ni nak tambah lagi. aik

Friday, August 6, 2010

hey lil voices.

sila pergi dari saya.
sila berdiri 500meter jauh dari ruang hidup saya.

sila. sila. sila.sila.

saya nak study.

hari isnin, dapat kertas, aku terus makan.

Monday, August 2, 2010

satu soalan! sila jawab

apa yang korang cari dalam cinta?

aku: dia yang boleh buat aku tersenyum dan tenang. terima kasih untuk senyuman itu


KALIAN, SILA JAWAB YE!

ambulans!!

anyone good at fixing brain?
--
-
-
-
FIX MINE!!

da rusak teruk ni