nuffnang

Sunday, May 9, 2010

ini sangat merepek 2

cuti hujung minggu di bulan serba salah,memang berbaloi untuk aku..jimat duit..dapat kembali pada rutin harian yang betul..
namun berjaya jua menambahkan pening kepala aku yang sediakala mengalami masalah tersebut..
rasanya kalau kepala manusia akan membesar setiap kali mereka mengalami masalah atau memikirkan masalah,aku percaya hanya perlu mengambil kepala aku dan ditimbang..
angka pada alat timbang itu akan terus ke 100kilogram..

dan hari ini,berat itu bertambah lagi…

pagi ini,kami warga-warga hawa di dalam rumah aku duduk berkumpul..lalu terbuka la topik2 dunia percintaan..
adus..benda yang aku cuba elakkan untuk dibawa berbincang selepas along kahwin..aku,anak yang ketiga di dalam rumah ini,secara tidak langsung anak perempuan bongsu..memandangkan kakak2ku sudah pun mendirikan rumahtangga..
jadi,sasaran yang seterusnya adalah aku..oppss…jangan ada yang tersalah sangka yang mak aku ni x sabar2 nak tgok anak dia kahwin ..bukan apa dia cuma risau…dengan cara hidup aku sekarang..takut aku bakal mendapat gelaran *&**&..

aku..anak gadis dia yang sedang @ bakal mencapai angka 22tahun pada bulan 10 ni..herm,bila melihat rakan2 aku dan anak rakan2 dia yang kebanyakkan dah bawa bakal @ calon bakal suami mereka ke rumah..
mak aku pon mula terfikir,bila ank dia ni nak join@ turut serta dalam acara tersebut..
jawapan aku…lama lagi la mak..

betul..lama lagi..aku sendiri x punya bakal calon anak menantu mak aku..(dibaca) kekasih..haha..belum jumpa..

dah berabad rasanya aku x digelar kekasih orang…bukan x nak..tapi x jumpa..

buat yang anggap kekasih ni macam plih baju je..je? untuk orang macam aku,pilih baju pon menjadi salah satu kerja yang amat sukar..
kawan2 aku cakap,aku x mencari..hello..aku mencari k..x jumpa..kalau pilih baju pon,ambik masa berjam2 …kena pilih warna dia,cara potongan dia..selesa ke x jenis kain dia..dan macam2 la lagi..btul x?
ada yang cakap..aku jual mahal..bukan jual mahal..ini ada kena mengena dengan masa depan aku..mesti buat pilihan yang betul…aku waima pilih baju pon,aku teliti..mencongak angka jangka hayat baju tu,akan berkhidmat dengan aku..
jika baju untuk bernilai 20ringgit tapi hanya boleh dipakai selama sebulan,dan pada bulan yang kedua ianya bakal menjadi tempat alas kaki ..apa nilainya..murah tapi sekejap..tapi jika harga berganda2 mahal,tapi aku boleh guna sepanjang hayat aku..baik aku pilih yang mahal..
berbaloi dan bernilai untuk sepanjang hayat aku..

senang cerita..aku malas nak masukkan kisah cinta ni dalam hidup aku dalam masa terdekat ni…

p/s: ini copypaste dari blog yang terdahulu

sekarang,ape yang aku perlukan,sekeping kelulusan.kerjaya yang menjamin dan sahabat2 yang sejati..

buat yang sedang bercinta…hargai dia yang menyintai kamu..selami hati dan budi dia..ingat hari2 yang pernah kamu habiskan bersama..susah senang jalan hidup kamu berdua..setialah pada dia yang telah setia memilih kamu..jangan sesekali cuba berpaling dari cinta itu..menyesal nanti..
yang sedang putus cinta..kadang2 kita perlu berjumpa orang yang salah,sebelum berjumpa insan yang betul..
yang sedang mencari…carilah dia..pasti ada seorang untuk kamu..kalu sudah berjumpa,tetapi dia tidak menyintai kamu,bersykurlah kerna sekurang2nya perasaan cinta itu pernah wujud dalam hidup kamu..dan jangan pula cuba mendirikan kebahagiaan di atas kekecewaan orang lain..hidup adalah karma..apa kita buat,akan berpaling pada kita jua..
yang sedang menyinta dalam diam..jika anda seorang yang berani,luahkanlah pada dia..pada gunanya menanti dan terus menanti..jangan di akhir nanti,kamu menyesal kerna waktu2 yang kamu gunakan hanya untuk menanti..
yang sedang dinanti,jika kamu pasti dia bukan pilihan kamu,jangan berikan dia harapan..kerana setiap harapan yang kamu berikan akan mengundang kesakitan untuk si dia..

herm.mungkin ada yang kata,siapa aku nak memberi nasihat…percayalah..aku pernah melalui semua perkara di atas…itu nasihat aku..aku memang bukan juliet,dara or ape2 pon gelaran untuk pencinta agung..tapi,aku pernah mnajadi setiap seorang dari mereka yang di atas..seorang kekasih..pecinta yang lara..haha..pencari cinta(bukan pengemis ek) dan sesorang yang menyintai dalam diam..(?)

dan cinta sejati memang ada,ia sedang bersebunyi dan sedang menunggu waktu yang sesuai untuk muncul..

untuk aku..diri sendiri..’Adiós mi sueño. Que ha sido una carga para todo este tiempo.’ muktamad..pasti ada seorang untuk aku..insyaALLAH..

notes: aku rasa inilah akibatnya jika tengok cerita "cinta" dan "love" dan membaca novel cinta di hari yang sama..pada malam harinya,anda akn menjadi seorang penulis cinta…haha..
pape pon,aku suka ayat2 yang ada dalam filem2 tersebut..makan dalam..n membuat aku berfilir dan mendalami apa maksud cinta..
erk..kalau aku teruskan lagi,mesti ada yang hendak mengeluarkan isi2 perut mereka..haha..

No comments: