nuffnang

Monday, May 10, 2010

Sometime in Life...

yeah, kadang-kadang dalam hidup ini kita kena jatuh tersungkur untuk merasa nikmat kejayaan.

ok. mukadimah tiada kena mengena dengan apa yang aku tulis.

BANNER.suda siap. but ade 3 kesalahan yang sgt obvious.

memang tengah takut ini. harap-harap perjalanan aku di minggu ini dipermudahkan oleh NYA.

Sunday, May 9, 2010

you are officially my prefect distration!



lee seung gi!!
sayang dia sangat

haha. gula dalam darah sedang tinggi.

ini sangat merepek 2

cuti hujung minggu di bulan serba salah,memang berbaloi untuk aku..jimat duit..dapat kembali pada rutin harian yang betul..
namun berjaya jua menambahkan pening kepala aku yang sediakala mengalami masalah tersebut..
rasanya kalau kepala manusia akan membesar setiap kali mereka mengalami masalah atau memikirkan masalah,aku percaya hanya perlu mengambil kepala aku dan ditimbang..
angka pada alat timbang itu akan terus ke 100kilogram..

dan hari ini,berat itu bertambah lagi…

pagi ini,kami warga-warga hawa di dalam rumah aku duduk berkumpul..lalu terbuka la topik2 dunia percintaan..
adus..benda yang aku cuba elakkan untuk dibawa berbincang selepas along kahwin..aku,anak yang ketiga di dalam rumah ini,secara tidak langsung anak perempuan bongsu..memandangkan kakak2ku sudah pun mendirikan rumahtangga..
jadi,sasaran yang seterusnya adalah aku..oppss…jangan ada yang tersalah sangka yang mak aku ni x sabar2 nak tgok anak dia kahwin ..bukan apa dia cuma risau…dengan cara hidup aku sekarang..takut aku bakal mendapat gelaran *&**&..

aku..anak gadis dia yang sedang @ bakal mencapai angka 22tahun pada bulan 10 ni..herm,bila melihat rakan2 aku dan anak rakan2 dia yang kebanyakkan dah bawa bakal @ calon bakal suami mereka ke rumah..
mak aku pon mula terfikir,bila ank dia ni nak join@ turut serta dalam acara tersebut..
jawapan aku…lama lagi la mak..

betul..lama lagi..aku sendiri x punya bakal calon anak menantu mak aku..(dibaca) kekasih..haha..belum jumpa..

dah berabad rasanya aku x digelar kekasih orang…bukan x nak..tapi x jumpa..

buat yang anggap kekasih ni macam plih baju je..je? untuk orang macam aku,pilih baju pon menjadi salah satu kerja yang amat sukar..
kawan2 aku cakap,aku x mencari..hello..aku mencari k..x jumpa..kalau pilih baju pon,ambik masa berjam2 …kena pilih warna dia,cara potongan dia..selesa ke x jenis kain dia..dan macam2 la lagi..btul x?
ada yang cakap..aku jual mahal..bukan jual mahal..ini ada kena mengena dengan masa depan aku..mesti buat pilihan yang betul…aku waima pilih baju pon,aku teliti..mencongak angka jangka hayat baju tu,akan berkhidmat dengan aku..
jika baju untuk bernilai 20ringgit tapi hanya boleh dipakai selama sebulan,dan pada bulan yang kedua ianya bakal menjadi tempat alas kaki ..apa nilainya..murah tapi sekejap..tapi jika harga berganda2 mahal,tapi aku boleh guna sepanjang hayat aku..baik aku pilih yang mahal..
berbaloi dan bernilai untuk sepanjang hayat aku..

senang cerita..aku malas nak masukkan kisah cinta ni dalam hidup aku dalam masa terdekat ni…

p/s: ini copypaste dari blog yang terdahulu

sekarang,ape yang aku perlukan,sekeping kelulusan.kerjaya yang menjamin dan sahabat2 yang sejati..

buat yang sedang bercinta…hargai dia yang menyintai kamu..selami hati dan budi dia..ingat hari2 yang pernah kamu habiskan bersama..susah senang jalan hidup kamu berdua..setialah pada dia yang telah setia memilih kamu..jangan sesekali cuba berpaling dari cinta itu..menyesal nanti..
yang sedang putus cinta..kadang2 kita perlu berjumpa orang yang salah,sebelum berjumpa insan yang betul..
yang sedang mencari…carilah dia..pasti ada seorang untuk kamu..kalu sudah berjumpa,tetapi dia tidak menyintai kamu,bersykurlah kerna sekurang2nya perasaan cinta itu pernah wujud dalam hidup kamu..dan jangan pula cuba mendirikan kebahagiaan di atas kekecewaan orang lain..hidup adalah karma..apa kita buat,akan berpaling pada kita jua..
yang sedang menyinta dalam diam..jika anda seorang yang berani,luahkanlah pada dia..pada gunanya menanti dan terus menanti..jangan di akhir nanti,kamu menyesal kerna waktu2 yang kamu gunakan hanya untuk menanti..
yang sedang dinanti,jika kamu pasti dia bukan pilihan kamu,jangan berikan dia harapan..kerana setiap harapan yang kamu berikan akan mengundang kesakitan untuk si dia..

herm.mungkin ada yang kata,siapa aku nak memberi nasihat…percayalah..aku pernah melalui semua perkara di atas…itu nasihat aku..aku memang bukan juliet,dara or ape2 pon gelaran untuk pencinta agung..tapi,aku pernah mnajadi setiap seorang dari mereka yang di atas..seorang kekasih..pecinta yang lara..haha..pencari cinta(bukan pengemis ek) dan sesorang yang menyintai dalam diam..(?)

dan cinta sejati memang ada,ia sedang bersebunyi dan sedang menunggu waktu yang sesuai untuk muncul..

untuk aku..diri sendiri..’Adiós mi sueño. Que ha sido una carga para todo este tiempo.’ muktamad..pasti ada seorang untuk aku..insyaALLAH..

notes: aku rasa inilah akibatnya jika tengok cerita "cinta" dan "love" dan membaca novel cinta di hari yang sama..pada malam harinya,anda akn menjadi seorang penulis cinta…haha..
pape pon,aku suka ayat2 yang ada dalam filem2 tersebut..makan dalam..n membuat aku berfilir dan mendalami apa maksud cinta..
erk..kalau aku teruskan lagi,mesti ada yang hendak mengeluarkan isi2 perut mereka..haha..

blackberry satu!!

wahai jin aladdin, singgah la tempat aku sebentar.

aku taknak wishes yang berpuluh-puluh.

cukuplah satu. hanya satu.

satu sahaja.

rmsejuta.

saya ada shopping wishes-list yang berjuta-juta .

jadi rmsejuta itu sudah cukup.

and SAYA MAHU BLACKBERRY SANGAT-SANGAT.

please. siapa nak belanjanaku black berry?

Saturday, May 8, 2010

esok.saya.sangat.takut

date:9hb may 2010
venue:exam hall
subject: recreation management

ampun. sumpah. aku sangat la takut. satu benda pon tak baca lagi. ni semua gara2x banner for recreation project.

[my apologies my lord, I am unable to assist u on that question] shall be my answer to all the questions that Mr shaifful might asked. titk. noktah.

oh. sir,terima kasih kerana menanya. sila jumpa lagi di ujian yang akan datang.
im so pleased to meet you again

Friday, May 7, 2010

kata-kata merepek 1



Jika kawan-kawan sibuk mahu ben 6 untuk MUET mereka, aku cuma mahu ben 10 sahaja.








Banner oh Banner

ape jadi kalu kita suruh ayam cakap bahasa itik.

mesti teruk kan..

ini le yang berlaku bila orang yang tiada seni mcm aku, bila disuruh buat Banner. huhu

nak tau jd ape?

bak kata lecturer aku mcm lukisan budak2x baru dapat pen. erk.

Thursday, May 6, 2010

10 things i hate about you.

siapa di antara kamu,kamu dan kamu yang pernah tgok movie itu?
kalau pernah, bagus. tahniah diucapkan kerana anda telah melihat cerita yang sangat menarik.
kalau belom, boo same dia.

ok lah, just nak suh korang dengar lagu ni je, .. memang terbaik.







sampai ke hari ini, x berjaya lagi muatturun lagu ini.huhu

Friday, July 10, 2009

yang ini sangat mengarut.

matahari itu selalu menyinari hari-hari indahku.
matahari itu sentiasa mengisi senyum tawaku.
tetapi kelmarin matahari itu menyilaukan pandangan ku.
membuatku terleka.
buta dalam menilai cahaya indahnya sedangkan,
itu cuma.
api yang membakar rentung jiwaku.
matahari itu pergi,
berlalu.
meninggalkan aku bersama rintik-rintik hujan.
sejuk.
basah.
mengalir perlahan sang air mata..

dan hadir pula.sang awan
awan itu berada di atas aku.
dalam asyik.
aku terlalai dengan awan itu.
awan itu melukiskan senyuman.
membantu aku menlangkah demi langkah..
tapi..
awan ..
sang awan melangkah pergi..
tidak tercapai aku untuk mengejarnya..
lumpuh aku tanpanya..
cacat aku kerna dia.

tapi kata si awan..
lihatlah..
ada si pelangi di sana..
hargailah si pelangi..
walaupun pelangi itu hadirnya hanya seketika..
namun,percayalah.
engkau akan tersenyum kernanya,
namun ingat,
si pelangi akan pergi..
perginya dia...
setelah matahari yang baru hadir di sisimu..
maka berbahagialah dengan matahari itu..
kerna sinaran itu,
cahaya dari cintanya...

Monday, March 24, 2008

aku berjanji dan terus berjanji..mak dan abah..masih lagi menanti~

semalam aku berjalan di pusat membeli dan belah...

sedang enak mencuci mata melihat barang2 yang aku x mampu nak beli..(dalam beg duit aku cuma tinggal singit sahaja) aku benci cuti ..tiada duit nak dibelanja :(

mata aku terlihat(?) seorang makcik dan seorang anak..dan telinga yang jahat ni,mencuri dengar perbualan mereka berdua..

mak:ni mak da bele adik,adik janji dengan mak adik belajar betul-btul tau..
anak:ye mak..adik janji..trima kasih..

ape motif aku nak cerita pasal mereka berdua..sahaja aku masukkan sebagai mukadimah entry aku ini..

herm..bila terdengar dialog mereka berdua,aku terus teringat memori aku,janji aku pada mak dan abah..

masa umo 6 tahun...lepas mak aku lahirkan anak dia keempat,aku berjanji dengan mak abah akan tunggu bus sendiri,mak tidak perlu menemani aku lagi memikirkan yang dia sedang keaadaan pantang..tapi hari esoknya,aku menangis meraung di bus stop kerna mak tiada menemani aku..dan hari itu,aku ponteng sekolah..dan mak memberi aku rotan sebagai hadiah untuk aku yang mengada2.. hehs~

6 tahun kemudian,aku berjanji pada mereka..untuk mendapatkan 7A dalam upsr..tapi malangnya aku cuma berjaya mendapatkan 3A..namun mak abah tetap tersenyum dengan keputusan aku..

dan pada peringkat umur 15 tahun,aku berjanji tuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di PMR...dan..ujung tahun itu..erk..resultku tidak lah secemerlang mana...

dab...sekarang bila umur dah meningkat....aku masih lagi kata..aku akan.......
tapi,tidak pernah berjaya..

mak dan abah..masih lagi menunggu..dan menunggu...sampai bila aku pon tidak pasti...

cuma satu pinta ku...
mak dan abah trima kasih atas penantian dan mempercayai aku..


daa..
entry ini agak boring~


dari aku kepada kamu
diriaku/kisah kami